Tuesday 8 October 2013

RCGR FUN DRIFT LEAGUE 2ND ROUND 2013


FUN DRIFT LEAGUE 2ND ROUND

Remote Control Group Recruitment Club ( RCGR Club ) telah dijemput untuk mengadakan demontrasi atau pertandingan 'RC drift' di Sekolah Kebangsaan Lelaki bandar,Kluang, Johor. Secara tidak langsung, kelab RCGR sekali lagi dijemput untuk menganjurkan serta mendemontrasikan sukan ' Rc Drift ' di sekolah. Ini merupakan kali ketiga RCGR dijemput untuk mendemontrasikan setelah sebelum ini, sukan ini telah di demontrasi di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai dan Di sekolah Taman Kota Kulai.
Rcgr dijemput untuk mendemontrasi dan memperkenalkan sukan 'RC Drift' kepada masyarakat di sekitar Kluang. Kali pertama di fun drift league diadakan adalah di fun drift league  sebelum ini. Fun drift league akan menjadi Tradisi yang mana Setiap kali RCGR menganjurkan 'Fun Drift', format liga akan digunakan. RCGR juga cuba mengekalkan tradisinya menggunakan permukaan simen atau mozek. Format liga digunakan untuk memberi kepuasan kepada peserta bertanding.
Dengan menggunakan format ini, peserta berpeluang bertanding banyak kali yang mana mereka berpeluang memenangi pertandingan walaupun telah tewas beberapa kali. Fun drift kali ini diadakan dengan pendaftaran sebanyak Rm 35. Setiap peserta akan mendapat sehelai baju. Semua peserta akan mendapat piala walaupun mendapat kedudukan terakhir. Bagi juara, naib juara dan tempat ketiga akan mendapat wang tunai sebanyak Rm100, Rm 75 dan Rm 50.

Di harap Fun Drift league ini dapat membantu memperkenalkan serta meningkatkan peminat sukan ‘Rc drift’ dikluang. Marilah ramai – ramai memeriahkan majlis ini.

IKUT apa yang saya suruh, JANGAN ikut apa yang saya buat.

Mungkin rakan - rakan pernah dengar ayat ini
             
          Jika anda sebaya dengan saya, anda mesti pernah mendengar ayat ini. Ayat ini selalu disebut dan diterapkan oleh guru pada zaman persekolahan era 80-an hingga 90-an. Ini berlaku pada saya ketika zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Guru saya dahulu selalu melafazkannya hingga ia tersemat di dalam diri murid pada zaman itu. Guru suruh itu, guru suruh ini, guru kata itu salah, guru jangan buat begini. Kadang - kadang, guru sendiri melakukannya. Sebagai contoh, guru saya memberitahu merokok membahayakan kesihatan tetapi pada masa yang sama guru sedang merokok. Tetapi, anda perasan tak? Adakah anda ikut apa yang guru buat? Adakah guru menyuruh anda melakukan perkara yang tidak baik?

              Pada pendapat saya, saya gelarkannya proses pembelajaran songsang. Guru menerapkan moral dan pelbagai nilai murni namun terdapat guru melakukan perkara yang dia larang murid lakukan. Bila ditanya kenapa cikgu buat juga perkara yang cikgu larang murid buat, guru kata, " Ikut apa yang saya suruh, Jangan ikut apa yang saya buat ". Apabila guru berkata begitu, murid tertanya - tanya apakah maksud guru itu. Kenapa guru berkata begitu. Ketika ini, secara tidak langsung, murid akan berfikir secara kreatif dan kritis serta menaakul. Murid - murid juga dididik untuk menaakul tentang sesuatu perkara. Menaakul ini adalah kebolehan seseorang membezakan antara baik dan buruk tentang sesuatu perkara. Dengan menaakul ini, murid akan menilai sendiri kebaikan dan keburukan yang guru buat. FOKUSnya, murid dilatih menaakul secara kreatif dan kritis. Hasilnya, murid dapat menaakul dengan baik kerana mereka belajar dari pengalaman. Secara tidak langsung, murid membesar dan matang melalui pengalaman. Inilah yang berlaku di zaman persekolahan saya.
                Kesimpulannya, murid atau anak - anak ini perlulah dilatih menaakul sesuatu perkara kerana menaakul akan memberi kesan lebih mendalam pada diri murid atau anak - anak kita. Mereka akan belajar melalui pengalaman. Secara amnya, belajar melalui pengalaman akan memberi kesan lebih cepat dan mendalam pada diri seseorang. Seperti kata Dr. Azizan osman, untuk menjadi jutawan, perlu belajar dari mentor yang telah berjaya. Belajar dari orang yang baik, kita akan jadi baik.

Sunday 6 October 2013

LUMPUH KEMBALI BERJALAN


Adik Steven Yoong Kah Ho, 4thn mengalami kerosakan saraf tulang belakang akibat dari jangkitan virus penyakit tibi. Doktor mengesahkan bahawa dia tak dapat membesar seperti kanak2 normal kerana mengalami kelumpuhan (ilat) kekal. Dia dipasang sokongan besi semasa menjalani rawatan fisioterapi. Malangnya kesilapan teknikal telah membawa kecederaan yang lebih teruk ke atas tulang belakangnya. Doktor mengisytiharkan tiada rawatan lanjut yang boleh di berikan. Akhirnya dia terpaksa di bawa balik dan menderita hidup lumpuh di atas katil selama 4 bulan.

Bulan ke 4, kawan bapanya memperkenalkan Pelapik Tilam dengan Terapi Garam dan Cahaya Dhuha. Minggu pertama tiada sebarang tindakbalas. Minggu kedua hanya sedikit pergerakan di kaki. TETAPI selepas 1 bulan, adik Steven sudah boleh berdiri sendiri dan berjalan secara bebas….

Seluruh keluarganya teramat gembira, rasa sangat bersyukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan bapanya yg memperkenalkan BVSM kepada mereka...


DIPETIK DARI :
https://www.facebook.com/pages/Airis-Beauty/115054651998532?ref=hl

Monday 30 September 2013

AMALI SELAMA 6 JAM TANPA HENTI

Alhamdulillah... Ia amat berkesan pada saya. Saya baru menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibarahim johor bahru. Mata pelajaran yang saya ambil ialah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dan kesihatan (Pendidikan rendah). Dalam pembelajaran saya di IPGKTI ini, saya perlu belajar teori dan amali. Nak dijadikan cerita, pada 28 dan 29 september 2013 yang lepas. Saya dan rakan2 seperti biasa tidak sempat bersarapan dan terus ke kelas yang bermula tepat pukul 8 pg. pada hari itu, Saya dan rakan sekelas menjalani Ujian Amali Mikro teaching. Setiap pelatih perlu menjadi guru dan ada yang menjadi murid.
Bermulanya pada pagi itu,saya dan rakan sekelas menjalani amali latihan Lompat jauh dari pukul 8 pagi hingga 9 pagi. Amali itu berjalan selama 1 jam tanpa rehat. Selesai sahaja Amali Lompat jauh, Kelas diteruskan dengan Amali Mikro Teaching KSSR pula. kelas Berlangsung dari pukul 9 pagi hingga pukul 1 sepatutnya. Tetapi apa yang berlaku kelas selesai sampai kul 2 ptg. Ketika Amali KSSR ini, semua ahli kelas terpaksa menjadi murid dan guru tanpa henti kerana ada 9 kumpulan yang perlu menjalani amali ini. Ketika menjalani amali itu, ada rakan - rakan yang tidak larat kerana kepenatan. Alhamdulillah. Saya dan beberapa rakan dapat terus membantu rakan - rakan yang lain meneruskan amali itu walaupun kelas itu berlangsung selama 5 jam tanpa henti. Selesai kelas amali itu, Saya dan rakan sekelas terus ke kelas Teknologi Maklumat Dan komunikasi. kelas itu sepatutnya berjalan selama 2 jam. Kami semua meneruskan kelas itu dalam keadaan kepenatan dan kelaparan. Dalam rakan - rakan keletihan dan kelaparan, saya masih bertenaga walaupun perut sudah berkeroncong. Akhirnya, Saya dan rakan sekelas berterima kasih kepada pensyarah TMK kerana beliau memberi pelepasan awal 15 minit untuk memberi peluang kami makan dan sembahyang.
Cuba rakan pembaca Bayangkan,saya dan rakan sekelas melakukan aktiviti kecergasan selama 6 jam tanpa henti kemudian memerah otak mempelajari perkara baru dalam teknologi maklumat selama 1 jam 45 minit. Tuhan sahaja yang tahu keletihan dan kelaparan yang dialami oleh saya dan rakan - rakan saya. Malam itu, sesampai saya dirumah, saya bersihkan diri dan terus tidur kepenatan. Pada hari esoknya, saya kembali maktab untuk menjalani amali bola tamapar dan bola baling. Saya berasa pelik, kenapa rakan - rakan saya masih nampak keletihan sedangkan saya berasa sangat segar.

rupa - rupanya, rakan - rakan saya tidur dengan selimut biasa, saya pula tidur berselimutkan Bio Velocity Sleep Mate yang dikeluarkan oleh HAI - O. Terima kasih BVSM kerana ia membantu saya bertenaga dalam mempelajari ilmu pendidikan supaya saya dapat membantu anak - anak didik saya berjaya dalam pelajaran.
Alhamdulillah dan terima kasih BVSM...


- Cikgu Zaidi -