Tuesday, 8 October 2013

IKUT apa yang saya suruh, JANGAN ikut apa yang saya buat.

Mungkin rakan - rakan pernah dengar ayat ini
             
          Jika anda sebaya dengan saya, anda mesti pernah mendengar ayat ini. Ayat ini selalu disebut dan diterapkan oleh guru pada zaman persekolahan era 80-an hingga 90-an. Ini berlaku pada saya ketika zaman sekolah rendah dan sekolah menengah. Guru saya dahulu selalu melafazkannya hingga ia tersemat di dalam diri murid pada zaman itu. Guru suruh itu, guru suruh ini, guru kata itu salah, guru jangan buat begini. Kadang - kadang, guru sendiri melakukannya. Sebagai contoh, guru saya memberitahu merokok membahayakan kesihatan tetapi pada masa yang sama guru sedang merokok. Tetapi, anda perasan tak? Adakah anda ikut apa yang guru buat? Adakah guru menyuruh anda melakukan perkara yang tidak baik?

              Pada pendapat saya, saya gelarkannya proses pembelajaran songsang. Guru menerapkan moral dan pelbagai nilai murni namun terdapat guru melakukan perkara yang dia larang murid lakukan. Bila ditanya kenapa cikgu buat juga perkara yang cikgu larang murid buat, guru kata, " Ikut apa yang saya suruh, Jangan ikut apa yang saya buat ". Apabila guru berkata begitu, murid tertanya - tanya apakah maksud guru itu. Kenapa guru berkata begitu. Ketika ini, secara tidak langsung, murid akan berfikir secara kreatif dan kritis serta menaakul. Murid - murid juga dididik untuk menaakul tentang sesuatu perkara. Menaakul ini adalah kebolehan seseorang membezakan antara baik dan buruk tentang sesuatu perkara. Dengan menaakul ini, murid akan menilai sendiri kebaikan dan keburukan yang guru buat. FOKUSnya, murid dilatih menaakul secara kreatif dan kritis. Hasilnya, murid dapat menaakul dengan baik kerana mereka belajar dari pengalaman. Secara tidak langsung, murid membesar dan matang melalui pengalaman. Inilah yang berlaku di zaman persekolahan saya.
                Kesimpulannya, murid atau anak - anak ini perlulah dilatih menaakul sesuatu perkara kerana menaakul akan memberi kesan lebih mendalam pada diri murid atau anak - anak kita. Mereka akan belajar melalui pengalaman. Secara amnya, belajar melalui pengalaman akan memberi kesan lebih cepat dan mendalam pada diri seseorang. Seperti kata Dr. Azizan osman, untuk menjadi jutawan, perlu belajar dari mentor yang telah berjaya. Belajar dari orang yang baik, kita akan jadi baik.

No comments:

Post a Comment